Wednesday, March 11, 2015

Fungsi Kuadratik dan Grafnya

Bentuk am fungsi kuadratik (general form of quadratic function) ialah f(x) = ax2 + bx + c, dengan a, b dan c sebagai pemalar, dimana a ≠ 0.

Fungsi kuadratik mempunyai pembolehubah dengan kuasa tertingginya ialah 2.


Contoh 1

Tentukan samada setiap fungsi yang berikut ialah fungsi kuadratik atau tidak.
a) f(x) = 5 – 4xx2
b) f(x) = x2(7 – x)

Penyelesaian:

a) f(x) = 5 – 4xx2 ialah satu fungsi kuadratik kerana kuasa tertinggi bagi x ialah 2.

b) f(x) = x2(7 – x) = 7x2 – x3
f(x) = x2(7 – x) bukan satu fungsi kuadratik kerana kuasa tertinggi bagi x ialah 3.


Bentuk Graf Fungsi Kuadratik

Bentuk graf bagi fungsi kuadratik dikenali sebagai parabola.

Parabola ialah satu lengkung yang licin dan bersimetri.


Contoh 2

x
−1
0
1
2
3
4
5
f(x)
8
3
0
−1
0
3
8

Jadual di atas menunjukkan nilai-nilai x dan f(x) bagi graf f(x) = x2 – 4x + 3. Plotkan graf f(x) bagi nilai x dalam julat −1 ≤ x ≤ 5.

Penyelesaian:




Contoh 3

Dengan membina satu jadual, plot graf f(x) = −x2 + x + 6 bagi nilai x dalam julat −3 ≤ x ≤ 4.

Penyelesaian:

x
−3
−2
−1
0
1
2
3
4
f(x)
−6
0
4
6
6
4
0
−6




Secara am, graf fungsi kuadratik ialah f(x) = ax2 + bx + c berbentuk seperti yang berikut.

Apabila a > 0,





Apabila a < 0,


No comments:

Post a Comment