Monday, March 30, 2015

Persamaan Serentak Dalam Dua Pembolehubah

Persamaan linear (linear equation) ialah persamaan yang kuasa pembolehubahnya ialah satu. Misalnya, x + y = 4 dan 2xy = 5 adalah persamaan-persamaan linear.

Persamaan tak linear (non-linear equation) ialah persamaan yang kuasa pembolehubahnya bukan satu. Misalnya, x2 + y2 = 6 dan 3xy – 5x = 1 adalah persamaan-persamaan tak linear.

Pertimbangkan persamaan x + y = 4 dan 2xy = 5. Kedua-dua persamaan ini mengandungi dua pemboleubah (unknown) yang sama, iaitu x dan y, dan mempunyai satu penyelesaian sepunya, iaitu x = 3 dan y = 1. Dengan itu, kedua-dua persamaan ini ialah suatu persamaan serentak dalam dua pembolehubah.

Dengan kata lain, persamaan serentak dalam dua pembolehubah ialah dua persamaan atau lebih dalam dua pembolehubah yang mempunyai penyelesaian sepunya.


No comments:

Post a Comment