Ruang sampel (sample space) ialah set semua kesudahan yang mungkin bagi suatu uji kaji.
Ruang sampel biasanya ditulis sebagai set S.
Contohnya, ruang sampel bagi suatu lambungan sebiji dadu diberi oleh set, S = {1, 2, 3, 4, 5, 6}.
Peristiwa (event) ialah set kesudahan yang mungkin bagi suatu uji kaji.
Sebagai contoh, dalam suatu lambungan sebiji dadu, katakan peristiwa A ialah ‘nombor ganjil diperolehi’ dan peristiwa B ialah ‘nombor genap diperolehi’. Maka, set yang diperolehi ialah:
A = {1, 3, 5} dan B = {2, 4, 6}
Peristiwa ialah subset kepada ruang sampel.
No comments:
Post a Comment