Sunday, August 23, 2015

Penentuan Min, Mod dan Median bagi data tak terkumpul

Sukatan kecenderungan memusat (measure of central tendency) ialah suatu sukatan yang dapat menunjukkan kedudukan pusat suatu kumpulan data dan memperihalkan maklumat keseluruhan data itu dengan satu nilai sahaja.


Min



Contoh 1

a) Cari nilai min bagi set data yang berikut.
56, 43, 47, 61, 48

b) Apabila suatu nilai x ditambah ke dalam data pada (a), nilai min bertambah sebanyak 2. Tentukan nilai x.

Penyelesaian:



Mod

Mod (mode) ialah cerapan yang mempunyai kekerapan paling tinggi dalam suatu set data.

Suatu set data mungkin mempunyai lebih daripada satu mod atau tiada mod.


Contoh 2

Tentukan mod bagi setiap set data yang berikut.

a) 7, 9, 6, 7, 9, 8, 7

b) 12, 15, 13, 15, 12, 14

c) 30, 35, 32, 39

Penyelesaian:

a) Mod ialah 7 (7 berulang sebanyak 3 kali).

b) Mod ialah 12 dan 15 (Kedua-dua nombor berulang 2 kali).

c) Tiada mod.


Median

Median ialah nilai yang terletak di tengah-tengah sesuatu set data setelah set data itu disusun mengikut tertib tertentu.

Jika bilangan data ialah ganjil, maka nilai yang terletak di tengah-tengah data tertib ialah median.

Jika bilangan data ialah genap, maka min bagi dua nilai yang berada di tengah-tengah data tertib ialah median.


Contoh 3

Tentukan median bagi setiap set data yang berikut.

a) 10, 5, 12, 7, 14, 9, 11

b) 18, 19, 15, 12, 20, 13

Penyelesaian:


6 comments:

  1. mohon share cikgu. utk bhn pembelajaran anak saya.

    ReplyDelete
  2. tq2...dah lama x ajar math...tgh ajar anak saudara ulangkaji matematik tahun 5...penerangan amat membantu :)

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH....SANGAT-SANGAT MEMBANTU, TERIMA KASIH CIKGU NAZA..HANYA ALLAH SAJA YANG MEMBALASNYA...

    ReplyDelete