Sunday, August 23, 2015

Penentuan Min, Mod dan Median bagi data tak terkumpul

Sukatan kecenderungan memusat (measure of central tendency) ialah suatu sukatan yang dapat menunjukkan kedudukan pusat suatu kumpulan data dan memperihalkan maklumat keseluruhan data itu dengan satu nilai sahaja.


Min



Contoh 1

a) Cari nilai min bagi set data yang berikut.
56, 43, 47, 61, 48

b) Apabila suatu nilai x ditambah ke dalam data pada (a), nilai min bertambah sebanyak 2. Tentukan nilai x.

Penyelesaian:



Mod

Mod (mode) ialah cerapan yang mempunyai kekerapan paling tinggi dalam suatu set data.

Suatu set data mungkin mempunyai lebih daripada satu mod atau tiada mod.


Contoh 2

Tentukan mod bagi setiap set data yang berikut.

a) 7, 9, 6, 7, 9, 8, 7

b) 12, 15, 13, 15, 12, 14

c) 30, 35, 32, 39

Penyelesaian:

a) Mod ialah 7 (7 berulang sebanyak 3 kali).

b) Mod ialah 12 dan 15 (Kedua-dua nombor berulang 2 kali).

c) Tiada mod.


Median

Median ialah nilai yang terletak di tengah-tengah sesuatu set data setelah set data itu disusun mengikut tertib tertentu.

Jika bilangan data ialah ganjil, maka nilai yang terletak di tengah-tengah data tertib ialah median.

Jika bilangan data ialah genap, maka min bagi dua nilai yang berada di tengah-tengah data tertib ialah median.


Contoh 3

Tentukan median bagi setiap set data yang berikut.

a) 10, 5, 12, 7, 14, 9, 11

b) 18, 19, 15, 12, 20, 13

Penyelesaian:


26 comments:

  1. mohon share cikgu. utk bhn pembelajaran anak saya.

    ReplyDelete
  2. Mohon share untuk pembelajaran saya

    ReplyDelete
  3. tq2...dah lama x ajar math...tgh ajar anak saudara ulangkaji matematik tahun 5...penerangan amat membantu :)

    ReplyDelete
  4. ALHAMDULILLAH....SANGAT-SANGAT MEMBANTU, TERIMA KASIH CIKGU NAZA..HANYA ALLAH SAJA YANG MEMBALASNYA...

    ReplyDelete
  5. Sangat membantu saya😊😊😊😊

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum cikgu.. Nak minta tolong..

    Agak memeningkan.

    6,8,10,6,5,2,x,y

    Kekerapan mod =3
    Min = 7

    Apakah nilai x+y.

    Bagaimanakah jalan kerja nye cikgu. 😅

    ReplyDelete
  7. kenapa x tu 7+3 dan y tu ialah 7? boleh terang lebih lanjut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. rujuk mcmmana nk cari purata..nilai purata dah bagi...abaikan mod dalam soalan..insyaallah dapat menjawab.

      Delete
  8. Min untuk graf apa ya adakah sama atau berlainan

    ReplyDelete
  9. slm cg, untuk median. Kalau soalan macam ni bukan ke jawapan nya 24?
    Cari median bagi taburan nombor berikut:

    | 23 | 25 | 23 | 23 | 24 | 25 | 24 | 25 |

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susun semula urutan menaik menjadi,
      23|23|23|24|24|25|25|25|
      Jumlah data adalah genap iaitu (8), maka Median bagi data ini adalah antara data 24|24, jadi disebabkan kedua data ini nilai nya sama iaitu 24, maka nilai sebenar Median adalah 24.5 adalah lebih tepat.

      Delete
    2. kannn...saya pun ada jumpa soalan sebijik mcm ni...tapi jawapan dia 24.5...bukan 24...tu yg lost terus

      Delete
  10. selamat pagi. boleh bantu cari jawapannya
    (45,51,39,45,x,38,50,y) min 43.25 Jika y adalah 2 kali ganda nilai x, berapakah nilai x?

    ReplyDelete
  11. Boleh tak tolong saya cari ni:
    Jadual di sebelah menunjukkan wang saku mingguan yang diperoleh seorang murid selama 40 minggu.

    Wang saku(rm) kekerapan
    10 12
    20 18
    30 x
    40 3

    A)cari mod bagi data dalam jadual di atas


    Harap dpt tolong sangat2,saya tengah bingung nii

    ReplyDelete
  12. Carikan satu set lima integer positif yang mungkin yang mempunyai mod 3, median 4
    dan min 5.

    ReplyDelete
  13. set data 12,m,15,16,17,n,24
    diberi bahawa julat antara kuartil dan min bagi set data di atas masing-masing ialah 9 dan 17 kirakan
    (a) nilai m dan n

    boleh bantu saya..

    ReplyDelete
  14. thank you so much sangat membantu saya

    ReplyDelete
  15. Depending on the scale, measurement, amount of products to be manufactured, and the depth of incorporation of 3D printing in the manufacturing course of, a company can spend money on|put cash into} an industrial 3D printer. The price of commercial 3D printers may be fairly excessive, and these machines demand lots of technical know-how to effectively function. They best king duvet covers additionally require expert labor to deal with the machine and ship consistent high quality products. Outsourcing to a 3D printing service bureau is the ideal choice to explore for any group seeking to try out the advantages of getting 3D printed parts for the first time. Are you specializing in a particular trade, similar to aerospace or automotive? Are you specializing in important processes, similar to funding casting?

    ReplyDelete